Kylie Jenner Nafi Lakukan Pembedahan Plastik

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 12:30 AM

Kylie Jenner nafi melakukan pembedahan plastik.

(Ubah saiz teks)

BINTANG realiti dan model, Kylie Jenner menafikan dakwaan dia melakukan pembedahan plastik pada bahagian bibirnya.

Daily Mail
melaporkan, Kylie menjelaskan bahawa bibirnya itu adalah seratus peratus asli dan dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik.

"Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik dan ia mungkin daripada sentuhan solekan yang dikenakan untuk menampakan bibir saya lebih tebal," ujarnya yang dipetik dari majalah Grazia.

Dia menyuarakan mengenai perkara tersebut kerana orang ramai sering mempertikaikan tentang bibirnya yang lebih tebal jika dibandingkan dengan awal kemunculannya dulu.

Kylie semakin mendapat perhatian selepas menjadi model peragaan untuk jenama terkenal dan bukan hanya sekadar menumpang populariti kakaknya, Kim Kardashian.

Tags / Kata Kunci: Kylie Jenner

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan