Mariah Carey Dikritik Kerana Kulit Album

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 12:30 AM

Album kompilasi #1 To Infinity bakal berada di pasaran pada 18 Mei depan.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Mariah Carey menerima kritikan pedas di laman sosial sejurus mendedahkan kulit album terbaharunya berjudul #1 To Infinity pada Ahad lalu.

Daily Mail melaporkan ramai tidak berpuas hati dengan teknik suntingan pada bentuk badan penyanyi berusia 45 tahun itu yang dilakukan secara berlebih-lebihan.

"Semua tahu bagaimana bentuk badan Mariah sekarang dan suntingan dibuat pada kulit album itu seolah-olah ingin membuatnya kelihatan seperti 20 tahun lalu.

"Ia dibuat secara berlebihan dan jika diamati ia bukan Mariah dalam gambar tersebut," kata salah seorang pengguna Twitter.

Album kompilasi itu menampilkan 18 buah lagu Mariah yang pernah menduduki tangga pertama carta Billboard Hot 100 dan ia adalah versi kemas kini daripada album #1's yang pernah dilancarkan pada tahun 1998.

Wajah terbaharu Mariah yang dirakamkan minggu lalu kelihatan sedikit berisi berbanding dalam kulit album terbaharunya.

Pelancaran album itu juga sebagai salah satu promosi bersempena persembahan residen Mariah di The Colosseum, Caesars Palace, Las Vegas bermula 6 Mei ini.

Dalam pada itu, peminat setia penyanyi lagu We Belong Together itu bertindak mempertahankan Mariah dan menganggap suntingan dilakukan adalah perkara biasa.

"Cuba anda senaraikan artis mana yang tidak melakukan proses penyuntingan pada gambar mereka? Kulit album itu tidak menggambarkan apa-apa.

"Sepatutnya isi dalam album berkenaan yang perlu diberikan perhatian kerana Mariah satu-satunya artis mempunyai 18 buah lagu berada di tangga pertama," ujar salah seorang peminatnya.

Ia adalah album pertama penyanyi itu bersama syarikat rakaman Sony Music selepas meninggalkan syarikat itu pada tahun 2000.

Mariah sebelum ini bernaung dibawah label Def Jam Recordings. 

Tags / Kata Kunci: Mariah Carey

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan