Taylor Swift Nafi Putus Sahabat Dengan Lorde

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Taylor Swift menafikan persahabatannya dengan penyanyi Lorde sudah pun terputus kerana perselisihan faham.

Taylor menerusi laman sosial Twitter miliknya menulis mereka berdua sedang mentertawakan khabar angin tersebut.

Manakala Lorde, turut mengulang kenyataan Twitter tersebut bagi mengukuhkan dakwaan berkenaan berkenaan hanyalah palsu.

Terdahulu E!Online melaporkan bahawa kedua-dua artis ini bertengkar kerana sebuah projek duet sehingga memutuskan hubungan rakan baik (BFF) yang terjalin selama ini.
Tags / Kata Kunci: Taylor Swift

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan