Gazet Terbaru Filem Avengers: Age Of Ultron

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

GAZET terakhir filem terbaru Marvel, 'Avengers: Age Of Ultron' kini telah dikeluarkan untuk tontonan ramai  dengan perhatian khusus diberikan ke atas watak Scarlett Johansson, 'Black Widow' atau juga dikenali sebagai  Natasha Romanoff.

Filem ini akan ditayangkan di seluruh dunia mulai 1 Mei nanti.

Di dalam gazet tersebut terdapat adegan yang menunjukkan Black Widow turut terlibat bertarung dengan robot Ultron sendiri.

Kapten Amerika (Chris Evans) ketika itu sedang bertarung dengan Ultron di atas trak yang sedang bergerak dan tidak lama kemudian Black Widow yang menaiki motosikal berkuasa tinggi menghampiri trak tersebut lalu bercakap menerusi radio dengan Kapten Amerika; "Saya sedang menghampiri awak...boleh awak buat dia sibuk?"

Adegan ini sekaligus menunjukkan yang Natasha tidak akan menjadi karakter sampingan di dalam filem tersebut sebaliknya akan membawa watak yang sama penting dengan adiwira yang lain.

Terdapat bahagian dalam filem itu yang turut menunjukkan Black Widow bertarung menggunakan senjata baru yang menyalakan warna biru bagaikan lightsaber.

Ultron yang menjadi kepala penjahat dalam filem terbaru Avengers ini menggunakan suara pelakon utama siri televisyen popular sekarang The Blacklist iaitu James Spader.

Lain-lain watak utama Avengers, seperti Robert Downey Jr. (Ironman), Chris Hemsworthy (Thor), Mark Ruffalo (Hulk), Jeremy Renner (Hawkeye) dan Samuel L. Jackson ( Nick Fury) semua akan kembali membawa watak masing-masing dalam filem ini nanti.

Tags / Kata Kunci: Avengers , Age Of Ultron

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan