Kim Kardashian Tidak Boleh Mengandung Lagi

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 5:02 PM

Kim mendukung anaknya North di samping suaminya, penyanyi rap Kanye West.

(Ubah saiz teks)

SELEBRITI rancangan realiti, kim Kardashian telah dimaklumkan oleh doktornya yang dia tidak boleh mengandung lagi sekaligus mencetuskan rasa kecewa yang amat sangat kerana dia pada mulanya sanggup membayar apa jua harga untuk mengandung bagi kali yang kedua.

Sebaliknya, dia diberitahu yang satu-satunya cara untuk dia mempunyai zuriat lagi adalah melalui proses 'ibu tumpang.'

Kim, 34, dan suaminya Kanye West sudah pun mempunyai seorang anak perempuan bernama North berusia 22 bulan.

Sebelum itu, bintang siri realiti itu telah dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan segera untuk membuangkan plasenta yang didapati masih melekat pada dinding rahimnya ketika melahirkan North dahulu.

Para doktor yang merawatnya memaklumkan yang dia tidak boleh lagi mengandung tanpa mengambil risiko yang sangat besar oleh yang demikian satu-satunya cara untuk mempunyai zuriat lagi ialah melalui proses ibu tumpang.

Tidak dapat menahan daripada tangisan, Kim berkata; “Tidak ada perkara yang lebih utama buat masa ini dalam hidup saya melainkan untuk memperolehi seorang lagi anak dan saya sebenarnya sanggup membayar apa jua harga bagi membolehkan saya mengandung semula."

Kim menambah yang proses memperolehi anak menerusi ibu tumpang bukanlah sesuatu yang ingin dilaluinya dalam hidup.

“Bagaimana jika ibu tumpang itu seorang lunatik? Bagaimana jika dia lari bersama-sama zuriat saya itu. Saya akan jadi gila memikirkannya. Saya memang tidak boleh melakukannya...tidak boleh,” ujarnya lagi.

Dalam siri akan datang dalam program realiti, 'Keeping Up With the Kardashians' Kim telah dirakamkan dikejarkan ke Klinik Beverly Hills untuk menjalani pembedahan tersebut.

Pembedahan tersebut terpaksa dilakukan apabila sebahagian daripada plasenta daripada kelahiran anak pertamanya masih tersumbat di dinding rahimnya.

Malah sekiranya pembedahan itu berjaya sekali pun para pakar perbidanan tidak dapat memberikan jaminan apakah bayi yang bakal dikandung oleh Kim pada masa hadapan akan selamat dan normal.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan