Nick Cannon Bakal Dedah Rahsia Sebenar Mariah Carey

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 12:30 AM

Saat bahagia...Mariah dan Nick berkahwin selama enam tahun sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.

(Ubah saiz teks)

NICK Cannon dilaporkan bakal menulis sebuah buku berhubung perkahwinannya dengan Mariah Carey selepas penyanyi itu enggan membayarnya AS$30 juta (RM90 juta) sebagai wang penyelesaian perceraian mereka.

Daily Mail melaporkan Nick membuat keputusan itu kerana berang dengan isterinya yang bertegas hanya akan membayar AS$10 juta (RM30 juta) seperti mana dalam perjanjian pra perkahwinan mereka sebelum ini.

Menerusi buku yang bakal diterbitkan oleh Simon & Schuster itu, Nick dikatakan akan mendedahkan tentang penyalahgunaan dadah, tabiat pemakanan pelik, pandangan Mariah terhadap artis lain dan kecenderungan seksual luar biasa penyanyi lagu We Belong Together itu.

Malah Nick akan menceritakan segala berkaitan perkahwinan mereka selain turut menuduh Mariah sebagai wanita psiko dan mempertikaikan kebolehan penyanyi itu menjaga anak-anak mereka.

"Nick akan mendedahkan segala-galanya kepada dunia tentang siapa sebenarnya Mariah dan ia akan menjadi satu kejutan paling besar.

"Menerusi buku itu juga Nick akan menerangkan kenapa dia layak untuk mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak-anak mereka kerana Mariah pernah memberitahu tidak mahukan anak dan mengapa dia berkata demikian," kata sumber terdekat pengacara America's Got Talent itu.

Menurut laporan majalah Forbes, Nick hanya bernilai AS$20 juta (RM60 juta) manakala Mariah dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$225 juta (RM650 juta).

Sementara itu, Mariah dilaporkan kecewa dengan perkhabaran terbaharu itu dan tidak menyangka Nick akan mendedahkan tentang hubungan mereka kepada umum sehingga memperlihatkan dia sebagai seorang yang terdesak.

"Mariah cintakan Nick dan mempercayainya lebih daripada segala-galanya dan sekarang dia merasakan suaminya itu sama seperti lelaki lain yang pernah hadir dalam hidupnya.

"Nick sanggup menjual cerita tentang mereka hanya semata-mata kerana wang," kata sumber.

Mariah dan Nick berkahwin pada 30 April 2008 dan pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata kembar, Monroe dan Moroccan yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun pada Ogos tahun lalu, Nick mengesahkan dia dan isterinya itu sudah tinggal berasingan selama beberapa bulan dan dia memfailkan perceraian terhadap wanita itu pada 12 Disember 2014.

Tags / Kata Kunci: Nick Cannon , Mariah Carey.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan