Bekas Isteri Pertama John Lennon, Cynthia Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 12:27 PM

Cynthia dan John...pasangan yang kelihatan bahagia tetapi hanya seketika.

(Ubah saiz teks)

> Cynthia Lennon meninggal dunia pada usia 75 tahun di hadapan anak lelaki tunggalnya Julian

> Di akhir hayatnya berhadapan dengan kanser

> Seorang lagi isteri Lennon, Yoko Ono berkata Cynthia adalah seorang ibu yang hebat buat Julian

> Cynthia bertemu Lennon ketika mereka berusia 18 tahun dan belajar seni di Liverpool Art College

> Kedua-duanya mempunyai seorang anak lelaki Julian, 51, yang seiras dengan wajah Lennon

BEKAS isteri pertama penyanyi utama kumpulan The Beatles, John Lennon iaitu Cynthia telah meninggal dunia di kediamannya di Majorca, Sepanyol pada Rabu selepas bertarung buat seketika dengan penyakit kanser. Mendiang berusia 75 tahun.

Menurut Julian, dia berada bersama-sama ibunya ketika Cynthia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Lennon dan Cynthia berkenalan ketika masing-masing berusia 17 dan 18 di Liverpool Art College pada tahun 1957. Kedua-duanya adalah pelajar tahun pertama kolej berkenaan.

Mereka bukan dari kelas yang sama tetapi Lennon dikatakan tertarik dengan Cynthia yang menurutnya seiras seperti Brigitte Bardot.

Dari kiri; Sean Lennon, Yoko, Cynthia dan Julian Lennon di New York pada 2010.

Bagaimanapun mereka hanya intim ketika di tahun yang kedua dan sejak itu Cynthia menyaksikan kemunculan kumpulan The Beatles apabila Paul McCartney dan George Harrison, yang belajar di sekolah yang berhampiran sering kali bertemu John Lennon pada waktu makan tengahari untuk berlatih muzik bersama.

Apabila John Lennon meninggalkan kolej berkenaan untuk bersama-sama The Beatles dia masih meneruskan hubungan dengan Cynthia menerusi surat-surat cintanya.

Pada tahun 1962 iaitu pada saat Beatles akan menerbitkan album mereka yang pertama, Cynthia dan John memutuskan untuk mendirikan rumah tangga.

Dengan bantuan pengurus Beatles, Brian Epstein, mereka melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ribuan peminat kumpulan itu yang sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak gadis dan remaja.

Setahun selepas itu perkahwinan mereka mula diketahui ramai dan tidak dapat disembunyikan lagi. Pada waktu ini Beatles sudah pun popular dan kaya raya dan Cynthia bersama anak kecil mereka Julian berpindah ke London dari Liverpool untuk bersama-sama Lennon.

Namun begitu kehidupan mereka berubah kerana dadah serta kemewahan telah menjadikan Lennon semakin berpoya-poya di luar tetapi Cynthia sentiasa bersabar di rumah menjaga dan membesarkan Julian.

Pada tahun 1968, mereka akhirnya bercerai selepas Cynthia yang baru pulang dari bercuti di Greece menemui suaminya bersama Yoko Ono di dalam rumah mereka.

John dan Yoko kemudiannya berkahwin dan mereka kekal bersama sehinggalah John meninggal dunia selepas mati ditembak di New York pada 8 Disember 1980. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Sean kini berusia 39 tahun.

Selepas kematian John, Yoko dan Cynthia bertemu dan mereka menerima hakikat yang mereka berkongsi kasih dengan lelaki yang sama.

Tags / Kata Kunci: John Lennon , Cynthia Lennon , The Beatles

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan