Siapakah Pelakon-Pelakon Yang Memperolehi AS$20 Juta Untuk Satu Filem

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

IRON MAN Robert Downey Jr., Leonardo DiCaprio, Sandra Bullock, Angelina Jolie, Denzel Washington dan Matt Damon — kini tersenarai sebagai pelakon yang memperolehi pendapatan paling tinggi di Hollywood iaitu sehingga AS$20 juta untuk satu filem lakonan mereka.

Menurut edisi terbaru majalah The Hollywood Reporter, Downey memperolehi pendapatan sebanyak AS$20 untuk setiap filem Iron Man manakala Damon akan memperolehi jumlah yang sama untuk francais filem Jason Bourne yang seterusnya.

Robert Downey Jr

Namun begitu, pelakon dengan bayaran termahal kini adalah milik DiCaprio, yang menerima AS$25 juta untuk peranannya dalam The Wolf of Wall Street.

Pelakon utama American Sniper, Bradley Cooper juga kini tersenarai sebagai pelakon dengan bayaran sebanyak AS$15 juta sehingga AS$20 juta untuk satu filem. Bayaran paling tinggi yang pernah diperolehinya ialah AS$15 juta untuk filem ketiga Hangover.

Matt Damon

Ben Affleck dan Channing Tatum turut tersenarai sebagai pelakon AS$20 juta tetapi nilai Tatum boleh menjunam ekoran kegagalan filem terbarunya Jupiter Ascending di Box Office.

Namun begitu apa yang lebih memeranjatkan ialah kemampuan Dwayne Johnson untuk kini memperolehi pendapatan sehingga AS$15 juta untuk satu filem.

Leonardo DiCaprio

Dia dibayar AS$15 juta untuk filem aksi terbaru Hercules dan San Andreas.

Sebelum ini dia hanya memperolehi bayaran yang tidak seberapa untuk muncul dalam filem terbaru Furious 7.

Angelina Jolie

Dalam pada itu, empat orang pelakon wanita iaitu Bullock, Jolie, Melissa McCarthy dan Jennifer Lawrence kesemuanya kini memperolehi tidak kurang daripada AS$15 juta untuk satu filem lakonan mereka.

Bullock berada di senarai teratas sebagai pelakon wanita paling mahal di Hollywood buat masa ini dengan memperolehi AS$70 juta untuk filem Gravity sahaja. Jumlah itu termasuk bayaran bonus dan bayaran pendahuluan sebanyak AS$20 juta. Selebihnya dia memperolehi 20 peratus untuk setiap keuntungan yang diperolehi menerusi jualan tiket.

Denzel Washington

Angelina Jolie memperolehi lebih AS$15 juta untuk filem terbarunya Maleficent tetapi sumber-sumber Hollywood memberitahu yang dia akan memperolehi AS$20 juta untuk sambungan filem spy Salt yang akan memulakan pengambaran tidak lama lagi.

Jennifer Lawrence memperolehi sekitar AS$10 juta untuk The Hunger Games: Catching Fire, tetapi khabarnya dia akan menerima AS$15 juta untuk filemnya yang seterusnya.

Sandra Bullock

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan