Antonio Banderas Larang Telefon Bimbit Dibawa Ke Rumahnya

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 12:31 AM

Antonio Banderas

(Ubah saiz teks)

PELAKON Antonio Banderas melarang rakan-rakan dan keluarga membawa telefon bimbit semasa majlis makan malam di rumahnya.

Ini kerana dia enggan tetamu yang datang banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit masing-masing berbanding memberi tumpuan kepada tuan rumah.

"Saya melarang tetamu yang datang ke rumah membawa telefon ketika majlis makan malam diadakan kerana tidak semua akan berborak kerana mereka semua sibuk dengan telefon bimbit masing-masing,” katanya.

Pelakon berusia 54 tahun itu membeli telefon bimbit pertamanya tiga tahun lalu dan lebih gemar untuk menyimpannya di rumah.

Dia juga mengakui kurang selesa apabila menerima mesej menerusi telefonnya ketika berada di meja makan.

Pelakon 'The Puss in Boots' ini turut mengutuk orang yang mengambil gambar sendiri (selfie) menggunakan monopod kerana ia dianggap sebagai berbahaya.

"Orang ramai menjadikan monopod sebagai hadiah yang diberi semasa sambutan Krismas lalu dan tidak tahu kesan buruk teknologi kepada kehidupan kita," katanya.
Tags / Kata Kunci: Antonio Banderas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan