Peminat Ugut Bunuh Bekas Kekasih Miley Cyrus

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 12:55 AM

(Ubah saiz teks)

PEMINAT penyanyi Miley Cyrus meluahkan rasa marah dengan mengancam bekas kekasih wanita berkenaan iaitu Patrick Schwarzenegger yang dilaporkan berlaku curang.

Seperti dilapor Daily Mail, Patrick telah diugut oleh peminat-peminat Miley di laman sosial untuk membunuhnya jika dia datang ke Los Angeles.

Malah ada yang cuba mengugut untuk membakar restoran piza milik lelaki itu dengan tujuan dapat menamatkan riwayat hidupnya.

"Kamu lebih baik menyelamatkan nyawamu ketika menjejakkan kaki di LA. Saya harap restoran kamu akan terbakar habis," tulis peminat di laman sosial Twitter.

Perkara ini terjadi apabila gambar kecurangan Patrick dengan seorang perempuan tersebar di Internet.

Patrick tampil menafikan perkara tersebut, namun Miley masih lagi mendiamkan diri tanpa sebarang kenyataan tentang hubungan mereka.
Tags / Kata Kunci: Miley Cyrus

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan