Adam Levine Tidak Sengaja Baling Mikrofon Pada Peminat

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 12:00 AM

Adam Levine
(Ubah saiz teks)

VOKALIS Maroon 5, Adam Levine, meminta maaf kepada salah seorang penonton yang terkena mikrofon yang dibaling ke arah penonton dalam persembahan di Toronto, Kanada, malam Rabu lalu.

Adam berkata, dia tidak berniat untuk mengasari peminat tersebut, sebaliknya bertindak demikian kerana pembesar suara itu tidak berfungsi.

"Saya ingin melemparkan mikrofon itu ke arah lain, namun ia memantul semula ke bahagian penonton sehingga mengenai seorang wanita yang berada berhampiran.

"Saya sangat menyesal dengan perbuatan itu," ujarnya.

Bagaimanapun, wanita yang dikenali sebagai Stephanie itu tidak mengalami kecederan serius.

Stephanie berasa senang apabila dia dipanggil untuk ke atas pentas dan dipeluk penyanyi itu sambil meminta maaf.

Dia juga diberikan tempat duduk khas berdekatan kumpulan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Adam Levine

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan