Kisah Hidup Rihanna Bakal Dijadikan Dokumentari

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2015 12:30 AM

Rihanna.

(Ubah saiz teks)

PENERBIT filem Peter Berg berminat untuk menghasilkan sebuah dokumentari tentang kisah hidup penyanyi terkenal, Rihanna.

Aceshowbiz melaporkan, Peter ingin mengangkat kisah perjalanan Rihanna mengejar cita-citanya bergelar penyanyi terkenal sehingga diangkat sebagai ikon dalam bidang muzik.

Peter sebelum ini pernah bekerjasama dengan Rihanna menerusi filem Battleship pada 2012.

"Dokumentari itu bakal memaparkan tentang kehidupannya yang tidak pernah diketahui peminat dan bagaimana dia boleh menjadi seorang bintang global," katanya.

Rihanna bagaimanapun masih belum memberikan persetujuan mengenai idea itu.

Tags / Kata Kunci: Rihanna.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan