Chris Brown & Kekasih Berpisah Melalui Twitter - Bintang Global | mStar

Chris Brown & Kekasih Berpisah Melalui Twitter

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2015 12:00 AM

Karrueche Tran bertindak membongkar kecurangan Chris di Twitter.

(Ubah saiz teks)

TEMAN wanita kepada penyanyi Chris Brown, Karrueche Tran bertindak memutuskan hubungan percintaan mereka selepas mengetahui lelaki itu mempunyai seorang anak bersama wanita lain.

TMZ melaporkan, Chris dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang model dikenali sebagai Nia tanpa pengetahuan Karrueche.

"Tidak akan ada drama seperti bayi untukku," tulisnya di laman Twitter.

Chris dilaporkan berasa malu apabila perkara itu didedahkan wanita berkenaan menerusi laman sosial dan dia enggan mengulas berhubung isu berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Karrueche Tran , Chris Brown.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan