Justin Bieber Terima Hadiah Kereta Klasik - Bintang Global | mStar

Justin Bieber Terima Hadiah Kereta Klasik

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 12:00 AM

Justin menerima sebuah kereta klasik mewah pada hari lahirnya.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Justin Bieber dilaporkan menerima hadiah sebuah kereta klasik mewah bersempena sambutan hari jadinya yang ke-21 pada Ahad lalu.

Justin turut memuat naik gambar kereta berkenaan di laman sosial Instagram miliknya namun tidak dapat dipastikan siapa individu yang menghadiahkan kenderaan berkenaan kepadanya.

Bagaimanapun menurut laporan Daily Mail, kereta berkenaan dihadiahkan oleh teman terdekat penyanyi lagu Baby itu.

Justin menyambut hari jadinya di Kepulauan Karibia dan ia turut dihadiri oleh bintang terkenal Hollywood iaitu 50 Cents, Hailey Baldwin, Matthew Espinosa, Soundz dan Ryan Butler.

Tags / Kata Kunci: Justin Bieber.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan