Keluarga Kim Kardashian Ugut Tinggalkan Saluran E!

Diterbitkan: Sabtu, 28 Februari 2015 5:58 AM

Kris (tengah) bersama lima anak perempuannya dikatakan mengalami masalah perselisihan faham.

Kris (tiga dari kiri) bersama anak-anak perempuannya.

(Ubah saiz teks)

BINTANG rancangan 'Keeping Up with the Kardashians' yang baru-baru ini dilaporkan telah memperbaharui perjanjian program itu selama empat tahun dikatakan mengugut untuk meninggalkan saluran E!

Ugutan itu dibuat sebelum keluarga bekenaan ditawarkan perjanjian baru berjumlah AS$100 juta (RM361 juta).

Kris Jenner yang mewakili keseluruhan keluarga Kardashian dikatakan menjadi juru runding dengan saluran berkenaan mengenai kontrak tersebut.

Kris turut dikatakan memainkan peranan penting terhadap rundingan itu temasuklah ugutannya mahu meninggalkan rangkaian televisyen berkenaan sebelum kedua-dua pihak bersetuju dengan kontrak yang disediakan.

Bintang berusia 59 tahun itu dan anak-anaknya iaitu Kim Kardashian West, Kourtney Kardashian, Khloe Kardashian, Kendall Jenner dan Kylie Jenner telah membintangi siri berkenaan sejak 2007.

Bagaimanapun pengendali rangkaian saluran penyiaran itu berpendapat keluarga Kardashian mampu menarik rating penonton.

Sumber memberitahu  akhbar New York Post pula mengatakan saluran E! masuh memerlukan mereka.

Dalam pada itu Kim Kardashian pula dalam laman Instagram miliknya pada Khamis lalu telah memuat naik gambar yang agak seksi bagi meraikan jumlah pengikutnya melebihi 27 juta orang.

Beliau menulis: “27 juta!!! Terima kasih banyak-banyak. Sayang anda semua!”

 
Tags / Kata Kunci: Kardashian

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan