Nick Cannon Temui Pengganti Mariah Carey

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 12:02 AM

Hubungan Nick dan Nicole dikatakan semakin serius biarpun perceraiannya dengan Mariah Carey masih belum selesai.

(Ubah saiz teks)

PENGACARA program America's Got Talent, Nick Cannon dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas isteri pelakon Eddie Murphy iaitu Nicole Murphy.

Daily Mail melaporkan pasangan berkenaan dikatakan mula rapat sejak awal bulan lalu dan dilihat beberapa kali dilihat keluar makan malam bersama di restoran mewah di New York.

Malah pasangan itu menyambut Hari Kekasih bersama-sama dan sumber memberitahu mereka berpegangan tangan dan kelihatan mesra tanpa mempedulikan tetamu lain.

"Mereka kelihatan seperti sedang dilamun cinta dan sentiasa berpegangan tangan sepanjang malam," kata sumber.

Nick memfailkan cerai terhadap Mariah pada Januari lalu selepas enam tahun berkahwin.

Dalam pada itu, Mariah pula dilaporkan bersedih dengan berita terbaharu mengenai suaminya itu kerana masih tidak boleh menerima Nick sudah menemui penggantinya.

"Mariah menangis tanpa henti dan emosinya terganggu dengan berita berkenaan. Dia masih menyayangi Nick," kata sumber.

Nick memfailkan cerai terhadap Mariah pada Januari lalu selepas enam tahun berkahwin.

Pasangan berkenaan mempunyai dua cahaya mata iaitu pasangan kembar, Moroccan dan Monroe yang masing-masing berumur tiga tahun.

Tags / Kata Kunci: Nick Cannon , Nicole Murphy , Mariah Carey.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan