Oskar Catat Rating Terburuk, Pengacara Dikritik

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 12:02 AM

Neil Patrick Harris ketika mengendalikan Oscar pada Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Rating Anugerah Oskar yang disiarkan di sini pada malam Ahad lalu jatuh teruk dalam sejarah siaran langsung penganjuran acara itu.

Malah hos rancangan itu, Neil Patrick Harris turut dikritik kerana dikatakan menjadi penyebab kepada kejatuhan rating berkenaan.

Menurut agensi pengukuran rating Nielsen, siaran anugerah itu pada tahun ini mendapat purata jumlah tontonan sebanyak 36.6 juta berbanding 43.7 juta pada tahun 2014.

Ia mencatatkan jumlah penonton paling rendah dalam tempoh enam tahun.

Sesetengah pihak mengatakan kemenangan yang hendak diumumkan boleh diramal dan tidak menjadi satu kejutan.

mStar Default Image
Antara aksi Neil Patrick Harris.

Malah tugas hos anugerah itu juga dilihat gagal memainkan peranan.

Kritikan tidak kurang hebat terhadap Harris yang mengendalikan acara selama tiga jam setengah itu terutamanya semasa dia melucutkan seluar semasa pengumuman untuk Gambar Terbaik yang dimenangi Birdman.

Jenaka yang dibuat Harris pada waktu tersebut juga turut dicemuh sebaliknya ramai yang menyukai ketika pengacara berkenaan tampil pada waktu pembukaan.

The New York Times menulis, ia sesuatu yang hambar sambil menambah malam Oskar selalunya akan berlarutan dalam masa yang lama namun pada kali ini la memberi satu tamparan hebat dan menunjukkan kelemahan sejak awal.

Bagaimanapun secara teorinya Harris layak mengendalikan rancangan itu atas kapasitinya memenangi empat anugerah dalam pengacaraan.

Washington Post pula menulis Neil Patrick Harris merupakan seorang pengacara serba boleh tetapi akhirnya kehebatan dia musnah.

Malah dia juga dikatakan gagal untuk menyempurnakan tugasnya melakukan parodi filem Birdman dengan baik. - AFP
Tags / Kata Kunci: Oscar , Neil Patrick Harris

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan