'Birdman' Tepati Ramalan Filem Terbaik Anugerah Oskar ke-87

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 10:05 AM

Filem 'Birdman' arahan Alenjandro Gonzalez Inarritu diangkat sebagai Filem Terbaik Anugerah Akademi ke-87.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Filem Birdman lakonan Michael Keaton, Emma Stone dan Naomi Watts menepati ramalan apabila memenangi kategori utama iaitu Filem Terbaik pada Anugerah Akademi kali ke-87 yang diadakan di Dolby Theatre, Hollywood, Los Angeles, pagi Isnin (waktu Malaysia). 

Filem tersebut juga memenangi tiga kategori lain iaitu Pengarah Terbaik menerusi Alenjandro Gonzalez Inarritu, Senimatografi Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. 

Sementara itu, Pelakon Lelaki Terbaik disandang oleh Eddie Redmayne menerusi filem The Theory of Everything dengan menewaskan pencabarnya Steve Carell (Foxcatcher), Bradley Cooper (American Sniper), dan Benedict Cumberbatch (The Imitation Game).

Pelakon Wanita Terbaik, Julianne Moore.

Manakala, Pelakon Wanita Terbaik dirangkul oleh Julianne Moore menerusi filem Still Alice menewaskan Marion Cotillard (Two Days, One Night), Felicity Jones (The Theory of Everything), Rosamund Pike (Gone Girl) dan Reese Witherspoon (Wild).

Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi oleh J.K. Simmons menerusi filem Whiplash, manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik disandang oleh Patricia Arquette menerusi filem Boyhood.

Sementara itu, filem yang menerima pencalonan terbanyak The Grand Budapest Hotel membawa pulang empat anugerah iaitu Rekaan Kostum Terbaik, Solekan dan Tata Rias Rambut Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.

Pelakon Lelaki Terbaik, Eddie Redmayne.

Manakala, filem Whiplash merangkul anugerah Suntingan Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Adunan Bunyi Terbaik.

Filem Bahasa Asing Terbaik dimenangi oleh Ida daripada negara Poland.

Acara ini dihoskan oleh Neil Patrick Harris.

Sementara itu, Astro HBO turut menganjurkan majlis Breakfast With The Star di Hotel Shangri-La, di sini dengan menonton siaran langsung anugerah tersebut bersama beberapa selebriti popular tanah air.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Patricia Arquette.

Antara selebriti yang hadir ialah Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Faizal Ismail, Datuk Fazley Yaacob dan Thanuja.

Anugerah Akademi ke-87 disiarkan secara langsung menerusi saluran HBO dan HBO HD Astro 411/431.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Oskar ke-87:

FILEM TERBAIK

"Birdman"

PENGARAH TERBAIK

“Birdman (The Unexpected Virtue of Ignorance)”  arahan Alejandro González Inarritu

PELAKON LELAKI TERBAIK


Eddie Redmayne -  The Theory of Everything

PELAKON WANITA TERBAIK


Julianne Moore - “Still Alice”

PELAKON PEMBANTU TERBAIK (LELAKI)

J.K. Simmons -  Whiplash

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

Patricia Arquette - “Boyhood”

FILEM AKSI PENDEK TERBAIK

“The Phone Call” (Mat Kirkby, James Lucas)

DOKUMENTARI SUBJEK PENDEK TERBAIK

Crisis Hotline: Veterans Press 1 - (Ellen Goosenberg Kent ,Dana Perry)

ADUNAN BUNYI TERBAIK

“Whiplash” (Craig Mann, Ben Wilkins,Thomas Curley)

SUNTINGAN BUNYI TERBAIK

“American Sniper” (Alan Robert Murray,  Bub Asman)

KESAN KHAS TERBAIK

“Interstellar” (Paul Franklin, Andrew Lockley, Ian Hunter, Scott Fisher)

FILEM PENDEK ANIMASI TERBAIK

“Feast”

FILEM ANIMASI TERBAIK

"Big Hero 6" 

REKAAN PRODUKSI TERBAIK

“The Grand Budapest Hotel”

SINEMATOGRAFI TERBAIK

“Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance)” Emmanuel Lubezki

REKAAN KOSTUM TERBAIK

“The Grand Budapest Hotel” Milena Canonero

SOLEKAN DAN TATA RAMBUT TERBAIK

“The Grand Budapest Hotel” Frances Hannon & Mark Coulier

FILEM ASING TERBAIK

"Ida"

SUNTINGAN TERBAIK

“Whiplash” Tom Cross

DOKUMENTARI TERBAIK

Citizen Four

LAGU TERBAIK

“Glory” dari filem “Selma” (John Stephens & Lonnie Lynn)

SKOR MUZIK ASAL TERBAIK

“The Grand Budapest Hotel” Alexandre Desplat

LAKON LAYAR TERBAIK

"Birdman" - Armando Bo

LAKON LAYAR ADAPTASI TERBAIK

“The Imitation Game” - Graham Moore

Tags / Kata Kunci: Anugerah Akademi ke-87.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan