Bapa Tiri Kim Kardashian Bakal Dedah Nama Wanitanya

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 12:02 AM

Bruce Jenner mula menampakkan solekannya.

(Ubah saiz teks)

BAPA tiri Kim Kardashian iaitu Bruce Jenner dilaporkan bakal mendedahkan nama barunya iaitu nama seorang wanita.

Bruce yang kini dalam proses transisi untuk menukar personaliti kepada wanita membuat pengumuman itu dalam satu temubual dengan sebuah stesen televisyen.

Nama yang dimaksudkan tidak diketahui umum namun sumber memberi tahu majalah US Weekly sama ada dia mahu menggunakan nama Brigitte atau Belinda.

Sumber turut berkata, dalam temubual yang dilakukan, Bruce, 65,  hadir tanpa memakai solekan - sesuatu yang lazim dilakukan bagi mereka yang mahu menukar imej wanita.

Bagaimanapun sumber lain memaklumkan Bruce menunda usaha untuk melakukan peralihan itu selepas terlibat dengan kemalangan kereta minggu lalu sehingga menyebabkan jiranya iaitu Kim Howe maut.

Bruce ketika ini dilaporkan memberi kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan terhadap kemalangan berkenaan.
Tags / Kata Kunci: Bruce Jenner

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan