Spider-Man Akan Muncul Dalam Filem Marvel Bersama-Sama Iron Man, The Hulk, Thor dan Kapten Amerika

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 7:49 PM

Watak Spider-Man kini akan muncul bersama-sama adiwira Marvel yang lain seperti Kapten Amerika, Iron-Man, Thor dan Hulk.

(Ubah saiz teks)

Spider-Man akhirnya akan muncul bersama-sama adiwira Marvel untuk pertama kalinya di layar perak selepas Disney menandatangani perjanjian dengan pesaing mereka Sony untuk menggabungkannya dengan Iron Man, The Hulk, Thor dan Kapten Amerika.

Langkah besar ini diambil selepas Amazing Spider-Man 2 hanya menerima sambutan sederhana tahun lalu.

Majalah The Hollywood Reporter telah memberi indikasi yang pelakon Britain, Andrew Garfield akan diganti oleh pelakon lain yang masih belum dinamakan oleh Sony.

“Di bawah perjanjian ini, Spider-Man akan muncul bersama-sama adiwira Marvel yang lain dalam filem terbaru nanti," demikian menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Sony dan Marvel.

“Selepas itu Sony Pictures akan mengeluarkan francais terbaru Spider-Man yang dijadualkan pada 28 Julai 2017, yang akan diterbitkan bersama oleh Sony dan Marvel. Bersama kami akan bekerjasama untuk menghasilkan halatuju kreatif yang baru untuk jalan cerita Spider-Man manakala Sony Pictures akan terus membiayai, mengedar dan memiliki kawalan kreatif ke atas siri filem ini nanti," kata kenyataan itu lagi.

Malah Marvel dan Sony Pictures akan menerokai peluang-peluang bersama untuk menggabungkan watak Spider-Man dengan adiwira Marvel yang lain dalam filem-filem akan datang.

Kerjasama baru ini menamatkan spekulasi di kalangan peminat sama ada Spider-Man – yang merupakan salah satu karakter dalam dunia komik Marvel akan digabungkan bersama-sama hero Marvel yang lain tetapi tidak pernah digabungkan di layar perak.

Penggabungan watak-watak hero Marvel telah menyaksikan kejayaan luar biasa dalam kutipan pecah panggung dengan filem The Avengers pada 2012 mengaut kutipan jualan tiket sehingga AS$1.5 bilion di seluruh dunia.

Ia adalah kutipan yang ketiga terbesar dalam sejarah perfileman sepanjang masa.

Sekuel The Avengers: Age of Ultron dijangka akan mencatatkan satu lagi sejarah kutipan hasil jualan tiket daripada siri pertama.

Pada masa yang sama Sony menyaksikan kutipan pecah panggung francais Spider-Man menjunam dari AS$890 juta untuk filem 2007 Spider-Man 3 kepada AS$708 juta untuk filem Amazing Spider-Man 2 yang ditayangkan tahun lalu.

The Hollywood Reporter juga melaporkan yang watak Spider-Man akan muncul dalam filem terbaru Kapten Amerika yang dijadualkan masuk panggung pada 2016.

Pengerusi Sony, Michael Lynton berkata: “Ini adalah keputusan yang tepat untuk francais Spider-Man, untuk perniagaan kami dan untuk peminat-peminat semua.”

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan