Keluarga Whitney Houston Ditimpa Badi di Bilik Mandi

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPUPU penyanyi Whitney Houston iaitu Dionne Warwick ditemui pengsan di bilik mandi dan mendapat rawatan kecemasan di sebuah hospital.

Bagaimanapun, Dionne yang juga seorang penyanyi itu dibenarkan keluar selepas dirawat selama dua minggu dan disahkan sihat pada Khamis lalu.

Kejadian tersebut dilihat sama seperti kejadian yang berlaku terhadap penyanyi itu pada tahun 2012 yang akhirnya meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di hospital.

Malah, kejadian yang sama juga terjadi kepada anak perempuan Whitney iaitu Bobbi Kristine Brown beberapa bulan lalu yang mana sehingga kini masih berada dalam keadaan koma.

Tags / Kata Kunci: Whitney Houston

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan