Isteri Patrick Dempsey Fail Cerai

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 12:01 AM

Jillian dan Patrick berkahwin pada tahun 1999.

(Ubah saiz teks)

PELAKON drama bersiri Grey's Anatomy Patrick Dempsey dan isterinya, Jillian Fink dilaporkan bakal bercerai selepas 15 tahun hidup sebagai suami isteri.

TMZ melaporkan, Jillian memfailkan perceraian tersebut dengan alasan sudah tidak mempunyai persefahaman dengan Patrick selain mahu tiga anak mereka, Tallulah Fyte, 12, dan pasangan kembar, Sullivan Patrick dan Darby Galen, 7 tahun diberi hak penjagaan bersama.

Malah dalam tuntutan tersebut Jillian, 48, turut meminta wang saraan untuk dirinya dan anak-anak mereka.

Patrick, 49, dilaporkan mempunyai harta kekayaan bernilai USD40 juta (RM100 juta) dan pasangan itu tidak mempunyai perjanjian perkahwinan.

Pasangan berkenaan berkahwin pada tahun 1999.

Tags / Kata Kunci: Patrick Dempsey , Grey's Anatomy.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan