Sam Smith Berpisah Dengan Kekasih Hati...

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 4:47 PM

Sam Smith

(Ubah saiz teks)

CALON enam anugerah Grammy, Sam Smith memberi indikasi yang dia telah berpisah dengan teman lelakinya, Jonathan Zeizel selepas hanya dua bulan bersama.

Penyanyi lagu 'Stay With Me' itu pada Mei tahun lalu telah membuat pengakuan terbuka yang dia adalah seorang lelaki gay.

Smith dan Zeizel berkenalan ketika sama-sama membuat rakaman video untuk single kelima Smith, 'Like I Can' dan menjelang hujung tahun lalu mengumumkan yang mereka adalah pasangan kekasih.

Mereka kemudian bersama-sama menghabiskan sambutan tahun baru di Australia.

Tetapi ketika berada di atas pentas sebelum membuat persembahan di Toronto, Kanada pada malam Selasa, Sam memberi indikasi yang segala-galanya telah berakhir di antaranya dengan Zeizel.

Sebelum menyampaikan lagu berjudul 'Good Thing' Sam memberitahu penonton; “Lagu yang akan saya sampaikan ini sangat bermakna dan istimewa untuk saya kerana saya sendiri terpaksa melakukan (perpisahan) dengan seseorang yang sedang bersama saya sebelum ini."

Lagu itu menceritakan saat-saat indah bersama orang yang dicintai tidak lagi kelihatan indah kerana terlalu banyak perkara baik yang dilalui bersama tidak akan kekal selama-lamanya.

Smith kemudiannya telah memuatnaikkan selfie dalam laman Instagram yang memperlihatkan wajah murungnya dengan kata-kata: "Ia adalah hari yang sangat sedih..."

Penyanyi itu kini mengakui yang pentas persembahan adalah terapi yang terbaik untuk dia melupakan kisah sedihnya.

“Sekurang-kurangnya muzik menghiburkan saya...," ujar Smith. 


iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan