Saiz Otot Justin Bieber Dalam Iklan Calvin Klein Diragui

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 12:02 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Justin Bieber sekali lagi dihimpit kontroversi apabila ada pihak mendakwa gambar aksinya dengan badan berotot dalam mempromosikan pakaian jenama Calvin Klein adalah teknik pertindihan gambar atau “superimpose”.

Sumber berkata, imej Justin bersama seorang model itu diubah suai agar otot-otot badannya kelihatan lebih menonjol supaya imej iklan berkenaan kelihatan menarik.

Justin bagaiamanapun hanya ketawa dengan kritikan terbaharu itu.

Inilah antara gambar aksi Justin yang dipersoalkan

Dia pada Khamis memuat naik sekeping gambar di Instagram miliknya dengan memakai tuala yang dirakamkan dari sudut atas dan menulis kapsyen “photoshop” seolah-olah menyindir pihak-pihak yang membuat tuduhan terhadapnya.

Minggu lalu sebuah portal hiburan breatheheavy.com mendedahkan gambar Justin sebelum melakukan penggambran iklan berkenaan yang menunjukkan lengannya agak kecil dan gambar itu dikatakan belum diedit.

Bagaimanapun laman portal itu menarik semula siaran gambar tersebut apabila pihak Justin telah mengancam untuk menyaman mereka atas alasan telah merosakkan jenama Calvin Klein.

Kritikan berkenaan juga turut disuarakan oleh isteri pelakon Mark Wahlberg iaitu Rhea apabila dia berpendapat suaminya kelihatan lebih menarik semasa mejadi model jenama itu pada tahun 1992 berbanding Justin.

Model seluar dalam terkenal David Gandy pula berkata, Mark tidak boleh dibandingkan dengan Justin kerana kedua-dua mereka mempuyai otot yang berbeza.

Dia juga tidak dapat membayangkan Justin mempunyai otot yang banyak.

 

 

Tags / Kata Kunci: Justin Bieber

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan