Nicki Minaj Buat Bekas Kekasih Seperti Orang Suruhan

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2015 12:02 AM

Nicki Minaj

(Ubah saiz teks)

BEKAS kekasih Nicki Minaj menuduh wanita itu melayannya seperti orang suruhan menyebabkan dia membuat keputusan memutuskan hubungan mereka.

Safaree Samuels yang menjalinkan hubungan cinta bersama Nicki selama 12 tahun, turut mendedahkan artis itu juga tidak menghormatinya sebagai teman lelaki.

"Saya terus tinggalkan dia. Saya tidak beritahu pun mahu putuskan hubungan. Saya bungkus barang-barang saya dan terus tinggalkan dia,” ujar Safaree.

Tambah Safaree, dia ada sebab berbuat demikian iaitu selepas rasa hormat itu hilang.

Selepas pasangan ini membuat keputusan berpisah, Nicki dikatakan menunjukkan aksi romantiknya terhadap individu lain iaitu Meek Mill walaupun dia menafikan mempunyai hubungan.

Namun begitu Safaree telah memberi restu untuk melihat mereka bahagia bersama. 

Tags / Kata Kunci: Nicki Minaj

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan