Mahar Tak Mahu Jumpa Doktor - Ikal

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 1:16 PM

Verrys yang melakonkan watak Mahar menerusi filem Laskar Pelangi akan dikebumikan di kampung halamannya, Belitung.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Seorang remaja kelihatan gelisah dan berjalan mundar-mandir di depan rumah mayat Hospital Cipto Mangunkusumo di Jakarta. Pada wajahnya kelihatan kesedihan yang mendalam. Sesekali dia melihat skrin telefon bimbitnya yang disambungkan kepada power bank.

Dia akhirnya berkata: “Ya, Dia memang begitu. Dia tak mahu jumpa doktor.”

Ketika jam sudah hampir tengah malam, Zulfani Fasa, 18, yang melakonkan watak Ikal dalam filem Laskar Pelangi sedang menunggu jenazah rakannya di layar lebar dan dunia realiti, Verrys Yamarno, yang menghembus nafas terakhirnya petang Isnin.

Lebih tragis, yang menemui Verrys dalam keadaan kaku di dalam bilik sewa mereka ketika pulang dari kuliah pada pukul 2.30 petang.

Saksi berkata, Zulfani jelas sentiasa menahan tangis namun matanya yang memerah membuktikan dia sebenarnya sangat sedih. Pada ketika tertentu rakannya cuba menghiburkan dengan mengajak dia berbual mengenai sesuatu.

Akhirnya jenazah Verrys tiba kira-kira pukul 11.45 malam. Zulfani segera mengiringi jenazah itu ke bilik yang ditetapkan untuk disiapkan sebelum dibawa ke Belitung.

Sebelum dihantar ke kampung halamannya, jenazah itu dibuka bagi memberi peluang rakannya memberi penghormatan terakhir.

Ketika kain kafan dbuka, Zulfani terus menangis teresak-esak dan terpaska berundur untuk bersandar di dinding rumah mayat dan bersendirian di situ.

Verrys yang membawa watak Mahar, kanak-kanak pencinta seni dalam Laskar Pelangi, meninggal dunia mengejut di rumah sewanya petang Isnin.

Dia yang sering mengadu sakit kepala ditemui terlantar di bilik itu sendirian.

Verrys dan Zulfani sedang mengikuti pengajian lakonan di Institut Kesenian Jakarta.

Kira-kira 10 minit kemudian jenazah Verrys dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Kata Zulfani, dia akan mengikuti jenazah itu sehingga ia selamat dikebumikan.

Keakraban Ikal dan Mahar berlarutan di luar layar perak.

Sementara itu, beberapa rakan Verrys memberitahu, remaja berusia 18 tahun itu mengadu tidak selesa dan muntah-muntah dua hari sebelum dia meninggal dunia.

Zulfani yang duduk serumah dengan Verrys juga mengaku, pada pagi Isnin dia turut menyapu minyak angin ke tubuh sahabatnya itu.

Setakat ini, pihak berkuasa belum membuat sebarang pengesahan mengenai punca kematian Verrys  namun ia kemungkinan besar akibat penyakit.

Tags / Kata Kunci: Mahar , Ikal , Laskar Pelangi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan