Drew Berrymore Mahu Tumpu Bisnes Alat Solek

Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 12:10 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Hollywood Drew Berrymore memberitahu pada usianya kini, sudah tidak sesuai lagi untuk dia menjadikan kerjaya pelakon sebagai punca pendapatan.

Wanita berusia 39 tahun ini merancang untuk menumpukan perhatian dalam melebarkan empayar bisnes kosmetiknya iaitu Flower Beauty.

"Saya sekarang sibuk dengan rangkaian jenama alat solek kerana bagi saya ia lebih menjamin pendapatan daripada bergantung kepada bidang lakonan semata-mata.

"Lagi pula, kini lebih banyak masa dapat diberikan kepada keluarga dan anak-anak," ujarnya.

Tambahnya, selain mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan bisnes, dia juga berminat dalam bidang kulinari.

Tags / Kata Kunci: Drew Berrymore

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan