Skrip Filem 'James Bond: Spectre' Dicuri Penggodam

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 12:05 AM

Barisan pelakon filem James Bond: Spectre yang dijangka menemui penonton pada 6 November 2015.

(Ubah saiz teks)

SKRIP filem terbaharu James Bond: Spectre dilaporkan berjaya dicuri oleh penggodam sehingga menyebabkan penerbitnya Michael G. Wilson melahirkan rasa gusarnya terhadap kejadian itu.

Menurut laporan Daily Mail, Michael bimbang skrip berkenaan akan didedahkan kepada orang ramai selain akan ada pihak tertentu mengambil kesempatan mencuri idea daripada salinan itu.

"Pelbagai kemungkinan boleh berlaku apabila penggodam berjaya mencuri skrip tersebut dan paling membimbangkan ia akan disebarkan kepada orang ramai sebelum filem itu sempat ditayangkan kepada penonton," katanya.

Dalam pada itu, Michael bagaimanapun berkata, pihak produksi EON Production akan segera mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu sekiranya ia didedahkan kepada umum.

Kata Michael naskah berkenaan adalah rahsia dan ia dilindungi oleh undang-undang.

"kami akan melawan pihak-pihak yang berusaha membocorkan dan mengambil keuntungan dari James Bond: Spectre," ujarnya.

Filem itu dijadualkan menemui penonton dipawagam pada 6 November tahun depan bakal menampilkan Daniel Craig sebagai Agen 007 manakala artis baharu iaitu Christoph Waltz sebagai Oberhauser, Dave Bautista (Mr.Hinx) serta Monica Bellucci dan Lea Seydoux sebagai gadis Bond.

Tags / Kata Kunci: James Bond: Spectre.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan