Demi Lovato Nyaris Dihantar Ke Pusat Pemulihan

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 12:00 AM

Demi Lovato mengalami masalah bulimia yang serius.

(Ubah saiz teks)

MEMILIKI tubuh langsing adalah impian bagi setiap wanita. Begitu juga dengan penyanyi Demi Lovato yang sanggup berbuat apa saja demi menguruskan badannya yang sememangnya sudah ramping itu.

Menurut laporan Dailymail, gara-gara terlalu obses mahu kurus, Demi pernah mengalami masalah bulimia sehingga menyebabkan penyanyi itu terpaksa mendapat rawatan di sebuah pusat pemulihan pada tahun lalu.

Dan kali ini Demi juga nyaris dihantar semula ke pusat pemulihan berkenaan kerana masalah pemakanannya itu.

Bagaimanapun mujurlah kekasihnya, Wilmer Valderrama berjaya menjaga Demi dengan memastikan penyanyi itu mendapat makanan berkhasiat secukupnya.

"Saya hampir kembali ke pusat pemulihat kerana pola pemakanan saya yang tidak betul. Saya mahu makan tetapi pada masa sama takut sekiranya badan saya bertambah gemuk.

"Wilmer menyedari perkara itu dan dia mula membuat jadual diet pemakanan saya secara perlahan-lahan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Demi Lovato

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan