Daniel Craig Kembali Sebagai 007 Manakala Ralph Fiennes Sebagai 'M'

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 8:21 PM

Pengarah filem James Bond, Sam Mendes memperkenalkan model terbaru Aston Martin yang akan digunakan oleh pemegang watak itu James Bond dalam siri terbaru filem Bond berjudul 'Spectre' pada sidang akhbar di London, Khamis, 4 Disember 2014.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Penerbit filem James Bond 007 pada Khamis mengesahkan yang pengambaran siri ke-24 filem perisikan paling popular di dunia itu akan bermula Isnin depan.

Ia sekali lagi akan diarahkan oleh Sam Mendes dengan Daniel Craig kembali sebagai 007 manakala Ralph Fiennes akan memegang watak 'M' iaitu ketua Military Intelligence 5 (MI5) Kerajaan Britain.

Untuk filem terbaru Bond dengan tajuk “Spectre” itu, Mendes turut memperkenalkan aktres dari Perancis, Lea Seydoux dan bintang Itali, Monica Bellucci selaku pelakon utama.

Pengambaran filem itu akan dilakukan di Mexico City, Rom dan Tangier.

Bond akan memandu model baru Aston Martin, yang turut dipertontonkan kepada para wartawan oleh Mendes dalam sidang akhbar khas itu.

“Kami akan memulakan pengambaran Isnin depan,” kata Mendes.

James Bond 007 adalah cerita fiksyen ciptaan penulis novel Ian Fleming yang beliau sendiri merupakan bekas komander Angkatan Laut Britain ketika Perang Dunia Kedua dahulu dan ramai yang mempercayai watak itu sebahagian besarnya adalah gambaran perwatakannya yang sebenar.

Watak Bond yang pertama dilakonkan oleh pelakon Scotland, Sean Connery menerusi filem 'Dr No' pada tahun 1962.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan