Mariah-Nick Kembali Bersama Demi Anak-Anak

Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 12:00 AM

Mariah dan Nick berkahwin selama enam tahun sebelum mengambil keputusan untuk berpisah. Mereka mempunyai sepasang anak kembar iaitu Monroe dan Morrocan, tiga tahun.

(Ubah saiz teks)

BIARPUN sudah berpisah namun penyanyi terkenal Mariah Carey dan suaminya, Nick Cannon akan bersatu kembali untuk meraikan sambutan Hari Krismas bersama anak kembar mereka, Monroe dan Morrocan yang kini berusia tiga tahun.

Menerusi temu bual bersama majalah In Touch, Nick memberitahu dia dan Mariah sepakat untuk meraikan perayaan itu di Aspen, Colorado selama beberapa hari.

"Biarpun apa yang terjadi anak-anak adalah keutamaan kami berdua dan itu termasuk sambutan Krismas pada tahun ini," katanya.

Nick turut menjelaskan hubungannya dengan Mariah kekal baik malah mereka masih bercakap menerusi telefon untuk bertanya khabar selain mengetahui tentang perkembangan anak mereka yang kini dibawah jagaan penyanyi itu.

"Anak-anak adalah keutamaan saya. Apa juga yang saya lakukan adalah demi kepentingan mereka berdua. Saya cuba menjadi seorang bapa yang baik," ujarnya.

Sebelum ini Nick mengakui dia dan Mariah tidak lagi tinggal sebumbung dan mengesahkan perkahwinan mereka sedang dilanda masalah selepas gosip mengenai perkara itu hebat diperkatakan.

Bagaimanapun Mariah enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu sejak berita perpisahan mereka tersebar.

Pasangan itu berkahwin pada 30 April 2008 hanya selepas beberapa minggu berkenalan.

Tags / Kata Kunci: Mariah Carey , Nick Cannon.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan