'Hati & Cinta' Album Baharu Judika

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 12:00 AM

Judika bersama album baharunya, Hati & Cinta.

(Ubah saiz teks)

AKHIRNYA! Penyanyi Judika kembali muncul dengan album terbaharu berjudul Hati & Cinta.

Menurut laporan portal Detikhot, album pembikinan album tersebut dibuat pada awal Januari lalu di Sweden.

"Banyak perkara yang saya belajar sepanjang merakamkan album di sana (Sweden), khususnya cara bekerja secara efisyen.

"Saya turut belajar mengenai cara penulisan lirik sehinggalah ke sususan muziknya. Tiga penyusun lagu iaitu ohan Gustafson, Sebastian Lundberg dan Fredrik Haggstam menjadi guru saya di sana," katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Setengah Mati Merindu itu telah melancarkan  album 'Hati & Cinta' di Kemang, Indonesia pada Khamis.

Tambah Judika, pada mulanya dia hanya mahu merakamkan dua buah lagu, namun memandangkan proses pembikinannya siap lebih awal, dia meneruskan dengan rakaman lima buah lagu lagi.

"Disana, mereka bekerja sangat cepat. Tak sangka pula tujuh lagu dihasilkan dalam tempoh masa tujuh hari sahaja," ujarnya.

Album Hati & Cinta memuatkan sebanyak 10 buah lagu berbahasa Inggeris dan Indonesia termasuklah tiga lagu trek bonus.

Tags / Kata Kunci: Judika

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan