Bruce Jenner Rancang Tukar Jantina

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 12:05 AM

Bruce Jenner dilihat semakin feminin selepas membuat pembedahan plastik baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

SEJAK akhir-akhir ini, ramai yang terkejut dengan perubahan imej Bruce Jenner apabila dia dilihat lebih bersifat feminin.

Terbaharu, menurut laporan Dailymail, ayah tiri Kim Kardashian itu dikatakan sedang merancang untuk menukar jantina pula.

Ini dapat dilihat dengan perubahan wajah Bruce yang ketara selain bentuk tubuh badannya yang dilihat semakin berbeza.

Wajah Bruce (kiri) masih lagi normal sebelum berpisah dengan Kris.

Beberapa bulan lalu, Bruce telah mengumumkan perpisahannya dengan Kris Jenner. Walaupun pasangan itu masih belum rasmi bercerai, namun kedua-dua mereka memilih untuk menjalani kehidupan masing-masing.

Sumber memberitahu kepada US Magazine, perpisahan tersebut sememangnya sudah lama diharapkan oleh Bruce. Ini kerana perhubungannya dengan Kris membuatkan dia terpaksa menyembunyikan sisi feminin dalam dirinya.

Bagaimanapun sehingga saat ini, tiada seorang pun daripada keluarga Kardashian atau Jenner memberikan pengesahan tentang perancangan Bruce untuk menukar jantinanya.
Tags / Kata Kunci: Bruce Jenner

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan