Jennifer Aniston Pamer Cincin Tunang RM1.65 Juta

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 12:01 AM

Jennifer Aniston (kanan) dan Justin Theroux

(Ubah saiz teks)

AKTRES>Jennifer Aniston membuat kejutan apabila dia dilihat memakai cincin pertunangannya dengan Justin Theroux yang dianggarkan bernilai AS$500,000 (RM1.65 juta).

Gambarnya bersama cincin bertatah berlian lapan karat tersebut berjaya dirakamkan ketika wanita berusia 45 tahun itu mengadiri sebuah program.

Menurut Us Weekly, pemenang anuegrah Golden Globe dan tunangnya yang berusia 43 tahun itu sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk kahwin secara sembunyi sama ada di Hawaii ataupun Cabo San Lucas, Mexico.

Inilah cincin yang diperkatakan. Gambar Mail Online.


“Dia pernah berkata kepada Justin, jom kahwin lari,” ujar sumber kepada sebuah majalah.

Malah  dia juga pernah mengimpikan sebuah perkahwinan sederhana yang hanya dihadiri oleh kawan-kawan serta keluagra terdekat tanpa perlu ada pengiring seperti perkahwinan lain.

Wanita berkenaan sebelum ini pernah berkahwin dengan Aktor Brad Pitt.
Tags / Kata Kunci: Jennifer Aniston , Justin Theroux

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan