Janet Jackson Berubah Wajah

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 12:04 AM

Janet Jackson

(Ubah saiz teks)

SELEPAS heboh mengenai isu perubahan wajah aktres Renee Zellweger, kini penyanyi Janet Jackson pula menunjukkan transformasi yang mengejutkan.

Menurut laporan Dailymail, saat adik kepada mendiang Michael Jackson itu muncul di Dubai Jumaat lalu, dia menunjukkan penampilan yang jauh berbeza, sehinggakan dirinya nyaris tidak dikenali.

Wajah Janet dilihat berbeza ketika ditemui di Dubai Jumaat lalu.



Wanita berusia 48 tahun itu muncul berpakaian serba hitam dengan pipi yang lebih berisi ditambah pula kening yang dilihat lebih tinggi daripada biasa. Bentuk matanya juga berubah sehingga memberi kesan kepada wajahnya.

Bagaimanapun Janet sempat memberi senyuman kepada paparazi yang mengambil fotonya.

Sehingga kini tiada kenyataan yang jelas mengenai perubahan wajah Janet di mana ada kemungkinan juga penyanyi itu mengalami pertambahan berat badan sehingga memberi kesan pada rupanya.

Tags / Kata Kunci: Janet Jackson

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan