Jennifer Lopez Pernah Didera Secara Mental

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 12:00 AM

Jennifer Lopez

(Ubah saiz teks)

JENNIFER Lopez sering dikenali sebagai selebriti yang ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Namun di sebalik itu, tidak ramai yang tahu mengenai kelukaan yang pernah dipendamnya.

Menerusi temubual bersama majalah People, pelantun lagu On The Floor itu mendedahkan dia pernah melalui sebuah hubungan cinta yang penuh dengan kekerasan.

"Kekerasan itu bukan melalui fizikal, tetapi ia jauh lebih teruk. Tubuh badan saya tidak pernah lebam, tetapi saya dianiaya dengan cara yang berbeza iaitu secara mental dan emosi.

"Saya tahu bagaimana rasanya apabila direndah-rendahkan oleh pasangan kamu," katanya.

Bagaimanapun, Jennifer enggan mendedahkan siapakah lelaki yang telah menderanya secara mental itu.

Terdahulu, Jennifer pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa selebriti ternama seperti Ben Affleck dan Mark Anthony. Walaupun berakhir dengan perceraian, perkahwinannya dengan Mark menghadirkan dua cahaya mata iaitu Max dan Emme.

Tags / Kata Kunci: Jennifer Lopez

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan