Imej Beyonce, Anak Curi Perhatian

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 12:06 AM

Beyonce dan anaknya muncul dengan masing-masing meniru imej adik-beradik iaitu Michael Jackson dan Janet Jackson.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Beyonce dan anaknya, Blue Ivy mencuri perhatian ramai apabila kedua-dua mereka muncul dengan imej berbeza dalam satu pesta Halloween di New York pada Jumaat.

Beyonce, yang menerima penghargaan anugerah Vanguard Michael Jackson pada Anugerah Muzik MTV Video pada tahun ini, memakaikan anak perempuannya dengan imej sebagai Michael Jackson sementara dia pula muncul dengan gaya Janet Jackson.

Dalam pada itu pasangan Beyonce, Jay Z memilih untuk tidak bergaya pada acara tersebut.

Kemunculan Beyonce dengan imej sedemikian bersama anaknya yang berusia dua tahun itu benar-benar membuatkan orang ramai teruja kerana mereka kelihatan begitu comel.

Dalam gambar yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milknya, kelihatan Blue memegang mikrofon merah jambu dengan jaket merah lengkap berkaca mata hitam persis imej raja pop itu. – mirror.co.uk

Tags / Kata Kunci: Beyonce , Blue Ivy

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan