Sandra Bullock Bantu Pelakon Tambahan Rebah

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 12:05 AM

Sandra Bullock

(Ubah saiz teks)

AKTRES Sandra Bullock, 50,  mengenepikan popularitinya apabila sanggup memberi bantuan kecemasan kepada seorang pelakon tambahan yang tiba-tiba rebah di set penggambaran filem barunya, 'Our Brand is Crisis'.

Dalam kejadian Ahad lalu itu, Sandra menjadi individu pertama menghulurkan bantuan kepada pelakon tambahan tersebut dengan memberikannya air sebelum pasukan keselamatan dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut laporan TMZ, wanita yang rebah itu dipercayai menghidap sejenis penyakit dikenali strok haba dan dibawa ke sebuah hospital di New Orleans berdekatan dengan lokasi penggambaran filem berkenaan.

Akibat insiden itu, beberapa pihak mula mempersoalkan kemudahan tindakan pantas kecemasan yang tidak diberi perhatian oleh pihak produksi.

Tags / Kata Kunci: Sandra Bullock

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan