Renee Zellweger Bersuara Isu Pembedahan Plastik

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 12:00 AM

Perubahan wajah Renne menimbulkan tanda tanya peminat.

(Ubah saiz teks)

PELAKON terkenal Hollywood, Renee Zellweger akhirnya bersuara terhadap tuduhan kononnya dia melakukan pembedahan plastik pada bahagian wajahnya sehingga ada pihak tidak mengenalinya ketika hadir ke acara Women in Hollywood pada Isnin lalu.

Menurut laporan majalah People, Renne berkata, perubahan itu adalah disebabkan oleh faktor kehidupannya kini lebih bahagia dalam pelbagai perkara sehingga membuatkan ia terpancar pada wajahnya.

"Saya senang apabila rakan-rakan memberitahu tentang perbezaan tersebut kerana saya kini memang berbeza, lebih bahagia dan hidup juga lebih indah sehingga ia terpancar pada penampilan saya," katanya.

Wajah Renne yang dirakamkan pada tahun 2010.

Bagiamanapun Renne tidak menjawab persoalan sebenar tentang tuduhan dia melakukan pembedahan plastik pemerhati selebriti terkenal itu memberitahu dia sebenarnya melakukan suntikan botox terhadap wajahnya.

Rakan-rakan artis selebriti itu turut membela Renne dengan mengatakan tuduhan itu dibuat oleh individu yang suka mencampuri urusan orang lain.

Tags / Kata Kunci: Renne Zellweger , Women In Hollywood.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan