Gwyneth Paltrow Menangis Dalam Diam

Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 12:00 AM

Gwyneth Paltrow dilaporkan sering menangis mengenang nasib dirinya yang sudah berpisah dengan Chris Martin.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS berpisah dengan Chris Martin, aktres Gwyneth Paltrow tidak pernah pun dilihat sedih atau bermuram. Dan kerana itu ramai yang menganggapnya sebagai wanita yang kuat.

Bagaimanapun, menurut laporan Entertainment Wise, bintang filem Iron Man itu bukanlah sekuat yang disangka kerana dia sebenarnya sedih dengan perpisahan antaranya dengan Chris yang berlaku pada April lalu.

Tambah pula kini Chris sedang berbahagia dengan pasangan barunya, Jennifer Lawrence.

"Gwyneth sebenarnya benar-benar terluka. Dia sering menangis dan meratapi semua perkara yang terjadi padanya.

"Dia tahu Chris akan tinggal berdekatan dengannya demi anak-anak, namun saat dia tahu lelaki itu kini bersama Jennifer, hatinya berasa sedih," kata sumber.

Selepas khabar angin tersebut beredar, jurucakap Gwyneth pula menafikan aktres itu sedang sedih.

Difahamkan Gwyneth dan Chris masih lagi tinggal bersama sehingga mereka bercerai secara rasmi.

Tags / Kata Kunci: Gwyneth Paltrow

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan