Madonna Letak Syarat Muncul Dalam The X Factor

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 12:05 AM

Madonna mahu mengawal aspek kreativiti persembahannya pada acara final The X Factor.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Madonna dilaporkan bakal membuat kemunculan istimewa pada malam final program realiti The X Factor.

Daily Mail melaporkan, penyanyi berusia 56 tahun itu bersetuju untuk muncul dalam program berkenaan sekiranya diberikan kuasa untuk mengawal konsep persembahan yang bakal diadakan.

Pihak penerbit iaitu Simon Cowell yang terdesak untuk mendapatkan Madonna terpaksa bersetuju dengan permintaan diva terkenal itu.

Sumber turut melaporkan produksi terdesak untuk mendapatkan Madonna kerana ingin menaikkan rating program berkenaan yang rendah untuk musim terbaharu itu.

"Penyanyi seperti Madonna sudah tentu mahukan kawalan terhadap kreativiti semasa kemunculannya dan ia pasti menguntungkan kepada pihak produksi terutamanya dari segi rating," kata sumber.

Bagiamanapun kata sumber itu, Madonna juga harus mematuhi beberapa perkara termasuk membayar sendiri kos pentas, pemuzik dan penari pada persembahannya itu nanti," jelasnya lagi.

Kemunculan penyanyi itu juga sebagai salah satu publisiti untuk album terbaharunya yang bakal dilancarkan selepas acara itu berlangsung.

Tags / Kata Kunci: Madonna , The X Factor.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan