Taylor Swift Belum Sedia Bercinta - Bintang Global | mStar

Taylor Swift Belum Sedia Bercinta

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 12:00 AM

Taylor mahu fokus kepada kerjayanya sebagai penyanyi.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Taylor Swift belum bersedia untuk kembali bercinta kerana menganggap ia akan mendatangkan masalah kepada kehidupan peribadi dan kerjaya nyanyiannya.

Daily Mail
melaporkan, Taylor merasakan dia masih terlalu muda untuk bercinta dan sepatutnya memberikan fokus kepada kariernya terlebih dahulu.

"Buat masa ini saya belum bersedia untuk kembali bercinta tambahan pula jadual saya yang sangat padat tidak memungkinkan saya berbuat demikian.

"Tambahan pula kehadiran lelaki dalam hidup saya akan merumitkan keadaan," jelasnya.

Taylor kini sedang sibuk dengan promosi album terbaharunya berjudul 1989 dan ia merupakan album pop pertama penyanyi lagu country itu.

Tags / Kata Kunci: Taylor Swift , 1989.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan