Pidato Emma Watson Dapat Pujian

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 12:10 AM

Emma Watson

(Ubah saiz teks)

AKTRES Emma Watson bukan sahaja dikagumi kerana bakat lakonan semata-mata, tetapi juga kerana kebijakan yang dimilikinya.

Melihat prestasi Emma bukan hanya terdedah di bidang seni, bintang filem Harry Porter itu dipilih sebagai duta termuda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi fokus kepada isu-isu hak wanita dunia.

Menurut laporan Dailymail, Emma telah menyampaikan sebuah pidato mengenai perjuangannya terhadap hak wanita pada majlis pemilihannya sebagai duta pertubuhan tersebut dan ia membuatkan ramai yang berada pada acara itu memujinya.

"Dia tegas dan meyakinkan. Emma menekankan tentang perjuangan hak wanita yang masih lagi tidak seimbang dengan lelaki.

"Siapa sangka, ramai yang kagum dengan informasi yang diberi ketika berpidato. Dia bukan sekadar wanita yang pandai berlakon, tetapi juga seorang yang bijak," kata salah seorang yang hadir pada acara itu.

Tags / Kata Kunci: Emma Watson

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan