Marcell & Rima Melati Dapat Anak Lelaki

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2014 12:10 AM

Marcell dan isterinya, Rima Melati.

(Ubah saiz teks)

PASANGAN selebriti Marcell Siahaan dan isterinya, Rima Melati Adams, 34, telah dikurniakan seorang anak lelaki.

Menurut Marcell menerusi Instagram miliknya, Rima selamat bersalin secara pembedahan di Brawijaya Women and Children Hospital, Jakarta Selatan pada pukul 9.13 pagi Isnin lalu.

Marcell turut memperkenalkan anaknya itu yang diberi nama Seth Ananda Siahaan.

"Selamat datang ke dunia Seth Ananda Siahaan. Lahir pada 9.13 pagi, 2.825 kilogram, 47 sentimeter, secara pembedahan di  Brawijaya Women and Children Hospital, Jakarta," katanya di Instagram.

Marcell memuat naik foto anaknya di Instagram.

Tambah Marcell, dia juga bersyukur kerana isteri dan anaknya itu menjalani proses kelahiran itu dengan selamat.

Sebelum ini, Marcell atau nama sebenar Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan, 36 mempunyai seorang anak bernama Keenan Avalokita Kirana, 10, hasil perkahwinannya dengan komposer Dewi 'Dee' Lestari.

Manakala, Rima yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga juga mempunyai seorang anak lelaki, Edga Ian Cook, 3.
Tags / Kata Kunci: Marcell , Rima Melati

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan