Rihanna Mangsa Penyebaran Gambar Bogel Terbaharu

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 12:10 AM

(Ubah saiz teks)

SEHARI selepas gambar panas Kim Kardashion tersebar di laman sosial, kini giliran penyanyi Rihanna pula menjadi mangsa.

Seperti dilaporkan Entertaiment News, foto bogel Rihanna mula tersebar di laman web Reddit dan 4Chan sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, gambar tersebut dibuang daripada kedua-dua laman web tersebut beberapa jam selepas dimuat naik.

Namun malangnya, gambar tersebut berjaya di rakam dan telah disebarkan oleh pengguna laman web dan laman sosial lain.

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan oleh pihak pengurusan penyanyi itu.

Sebelum ini, beberapa bintang Hollywood seperti Jennifer Lawrence dan Ariana Grande pernah menjadi mangsa.

Difahamkan ini bukan kali pertama gambar bogel Rihanna tersebar secara meluas, penyanyi ini pernah menjadi mangsa pada tahun 2009. 
Tags / Kata Kunci: Rihanna , Kim Kardashion

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan