Keluarga Nafi Ada Perancangan Pernikahan Ariel (Noah) Di Bali - Bintang Global | mStar

Keluarga Nafi Ada Perancangan Pernikahan Ariel (Noah) Di Bali

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAPA kepada vokalis Noah, Ariel iaitu Nazmul Irphan menafikan ada sebarang perancangan majlis pernikahan penyanyi itu dengan kekasihnya Sophia untuk diadakan di Bali, Indonesia.

Katanya, pasangan itu belum memberitahu tentang rancangan pernikahan mereka kepada keluarga.

"Mengapa perlu di Bali, kalau memang ingin berkahwin di Jakarta sahaja boleh,

"Setakat ini belum ada apa-apa perancangan majlis nikah daripada mereka berdua, lagi pula itu adalah hal mereka berdua," ujarnya.

Bagaimanapun, pasangan itu sudah meminta restu daripada pihak orang tuanya sebelum melangsungkan perkahwinan.
Tags / Kata Kunci: Ariel Noah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan