Chris Martin Dedahkan Jennifer Lawrence Sebagai Kekasih

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 12:06 AM

Chris Martin dan Jennifer Lawrence tidak lagi malu mendedahkan tentang perhubungan mereka kepada umum.

(Ubah saiz teks)

VOKALIS kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin nampaknya sudah berani menunjukkan kemesraannya dengan Jennifer Lawrence di depan umum.

Malah Chris turut memperkenalkan Jeniffer sebagai kekasih kepada rakan-rakannya.

Menurut laporan  E! News, pada Khamis lalu, pasangan itu dilihat menikmati makan malam bersama beberapa rakan di  Chateau Marmont, Hollywood. 

"Chris dan Jennifer nampak mesra dan bahagia. Mereka tidak dilihat seperti pasangan baru. Masing-masing bermesra antara satu sama lain.

"Rakan-rakan yang bersama pasangan itu nampak gembira dan menerima baik dengan perhubungan mereka," kata sumber.

Dalam pada itu, bekas isteri Chris, Gwyneth Paltrow turut bahagia dengan berita tersebut.

Menurut sumber, Gwyneth berasa lega apabila Chris berjaya mememui wanita yang sesuai dengannya.

Tags / Kata Kunci: Chris Martin , Jennifer Lawrence

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan