Katy Perry Jalani Sesi Terapi Kerana Masalah Cinta

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 12:00 AM

Katy Perry mengakui sesi terapi membantunya dalam mengharungi kehidupan.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Katy Perry mengakui menghadiri sesi terapi secara tetap kerana merasakan hidupnya tidak bahagia biarpun mempunyai kerjaya cemerlang sebagai bintang pop terkenal di seluruh dunia.

Daily Mail melaporkan kegagalan rumah tangga dengan Russell Brand dan sering putus cinta turut menyebabkan Katy, 29, menjalani sesi terapi tersebut.

"Saya ingin menjadi seperti seorang ibu kepada setiap orang dan menyayangi mereka tetapi saya terlupa untuk menjaga diri sendiri.

"Kerana itu juga saya memutuskan untuk menjalani terapi ini," katanya. 

Dalam pada itu, Katy berkata, sesi tersebut banyak membantunya dalam merawat luka pada dirinya dan belajar untuk melepaskan kisah silam yang sentiasa menghantuinya.

"Sebelum mencintai orang lain saya perlu belajar menyayangi diri sendiri kerana itu adalah perkara paling penting," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Katy Perry , Russell Brand.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan