Brangelina Derma Wang Penjualan Foto Perkahwinan

Diterbitkan: Isnin, 8 September 2014 12:00 AM

Angelina dan Brad berkahwin secara rahsia di kediaman mereka di Perancis.

(Ubah saiz teks)

PASANGAN pengantin baharu Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan akan menyumbangkan wang hasil jualan foto perkahwinan mereka kepada dua majalah terkenal kepada badan kebajikan.

Daily Mail melaporkan pasangan yang lebih dikenali dengan nama Brangelina itu dilaporkan menerima bayaran sebanyak USD5 juta (RM15 juta) hasil penjualan foto kepada dua majalah tersebut. 

"Mereka berdua perkahwinan itu bukan sahaja dapat menggembirakan mereka tetapi pada masa sama dapat membantu badan amal dengan menjual hak penyiaran foto perkahwinan mereka," kata sumber pasangan tersebut.

Brangelina memang terkenal dengan aktiviti kebajikan yang dilakukan di seluruh dunia dan menurut sumber itu lagi keputusan yang dibuat mereka bukan satu kejutan.

Pasangan berkenaan berkahwin secara rahsia di kediaman mewah mereka di Perancis dan hanya dihadiri oleh enam anak mereka dan keluarga terdekat. 

Angelina tampil dengan gaun pengantin istimewa yang mana turut mengabadikan karya lukisan anak-anaknya.




Tags / Kata Kunci: Brad Pitt , Angelina Jolie.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan