Syahrini Batalkan Kontrak Dengan Pengelola Pusat Karaoke Miliknya

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 12:00 AM

Syahrini tidak mahu karaoke miliknya terlibat dengan minuman keras dan pelacuran.- gambar KapanLagi.com

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Indonesia Syahrini yang juga pemilik pusat karaoke KTV Princess Syahrini membatalkan kontrak dengan PT Hengen Suara Abadi iaitu pengelola pusat karaoke itu di City Mall, Kota Tangerang, Banten, Indonesia.

Menurut Kapanlagi.com, ia kerana pengelola tersebut dianggap kurang sabar apabila menjalankan bisnes tersebut sebelum mendapat keizinan daripada penyanyi tersebut.

Syarini berkata, ketika itu dia sedang menjalankan ibadah umrah.

"Ketika pembukaan pusat karaoke itu, Syahrini sedang menunaikan umrah dan mereka tidak sabar untuk menjalankan operasi sebelum mendapat keizinan penyanyi itu," kata peguam penyanyi itu, Hotman.

Terdahulu, laporan media Indonesia memberitahu pusat karaoke tersebut menjalankan kegiatan menjual minuman keras tanpa izin.

Selain itu pusat karaoke tersebut juga dikatakan menjalankan kegiatan pelacuran.

Pihak Syahrini turut mengemukakan bukti bahawa perjanjian antara dia dan pengelola bisnes tersebut masih belum dilakukan sepenuhnya.

Malah dia menganggap perkara tersebut menjejaskan nama baiknya dalam dunia seni hiburan.
Tags / Kata Kunci: Syahrini

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan